Lokasi : McDonald, Nilai.
Duduknya ku seorang diri di meja empat segi berkerusi empat namun hanya memenuhi satu ruang sudut yang kecil untuk diri ku seorang sahaja. Makan seorang diri & menikmati dinner seorang diri seperti biasa tapi kali ini di luar dari kawasan apartment ku.
Kelihatan sekeliling penuh dengan lagat manusia & meja lain cukup lengkap dipenuhi kerusinya. Tidak seperti diri ku ini. Mereka kelihatan gembira bersama keluarga & kawan kawan, bergelak ketawa, tersenyum manis & berkongsi cerita. Malah ku hanya melihat makanan & cuba membayangkan adanya kawan kawan bersama satu meja dengan diri ku ini.
Tidak dinafikan malam ini hati ku ini disentuh perasaan sedih, pilu & sunyi. Hati ini menangis teresak-esak namun air mata masih mampu ditahan lagi agar tidak mengalir ke pipi ini. Sunyi hati ku ini, begitu jua raut wajah ku ini. Memikirkan di mana semua kawan ku? Ku rindu ingin bersama bergembira dengan diri mu semua.
Terasanya hati ini walaupun sudah kian lama sedar bahawa diri ini selalu bersendirian tapi kenapa perlu malam ini begitu terasa yang menyusuk ke dalam hati ini? Kejamnya perasaan ini membuat ku sedih yang teramat.
Adakah ini salah satu balasannya terhadap diri ku, mungkin ku pernah berperlakuan kejam / salah kepada kawan kawan ku tanpa ku sedari. Maka ku telah pun di utuskan untuk berseorangan sampai bila pun ku tidak pasti. Hilangkanlah perasaan sebegini dari hati & minda ku ini. Tidak mahu ku ulangi perasaan ini. Ku akur yang ku keseorangan.... ☹
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 KoMentoR:
Post a Comment