so, CNY pun sudah berlalu pergi meninggalkan kita, masa untuk kembali and get my head back in the game. Alhamdulillah celebration for CNY kami sekeluarga simple walaupun bukan officially sambut seperti mereka tapi kami yang ada darah cina tetap hargai dengan apa yang di kurniakan untuk kami semua.
Oleh itu, kami sekeluarga bercuti ke Janda Baik, Pahang dan turut serta ialah keluarga makcu tapi malangnya, cousin ku semua kurang sihat. Tapi sehari bersama mereka membawa keseronokkan dalam hati ku ini. Ceria bersama mereka sepanjang masa. Macam macam aktiviti yang kami buat di sana seperti memancing, morning walk, chatting, laughing, mandi sungai dan menikmati alam sekitar yang begitu menawan hati semua yang melihat dan memandang.
simple saja cuti untuk CNY, namun penuh dengan memori bersama mereka yang tersayang. Tidak dinafikan di hati ini adakalanya ingin pergi bercuti bersama kawan yang minatkan adventure tapi masih tidak kesampaian lagi. tapi itu tidak bermakna ku putus asa untuk mengharapkan ia menjadi satu kenyataan, mungkin suatu hari itu akan menjelma juga. insyAllah.
tidak banyak ingin ku ceritakan kerana semua nya begitu tenang dan ceria bersama. ku harap percutian bersama keluarga akan terus ada untuk ku lari sebentar dari duniawi yang semakin tertekan dengan teknologi dan lupa untuk menikmati alam yang sudah dicipta begitu cantik untuk seluruh umat di bumi ini...
0 KoMentoR:
Post a Comment