Wednesday, August 24, 2011

masa berlalu...



Lokasi : Bilik ku...

setitik demi setitik tercatat di tingkap dan adakalanya terukir cerita tersendiri yang mampu membuat perasaan ini melayang jauh hingga tidak di sedari. awan menutupi cahaya matahari dan menyejukkan pandangan si puteri dan sang putera di jalanan, namun ternyata cahaya matahari masih gagah untuk menyuluhkan cahayanya. 

angin sang kipas menghembus ke wajah yang lemah, pucat tapi masih ceria ini dan menyebabkan anak anak rambut menutupi mata yang tidak begitu bermaya ini. sebuah komputer riba yang setia menemani pemiliknya bila kesunyian dan tidak lupa begitu juga si telefon bimbit yang semakin sunyi sejak akhir akhir ini. 

masa berlalu begitu pantas dan memberikan jutaan makna dalam hidup. adakalanya perkara yang tidak disangkakan terjadi namun diterima oleh diri ini dengan hati merah bersaluti urat darah yang mengalir dengan terbuka. jantung berdegup setiap saat memberi makna kepada seluruh organ yang tercipta oleh-Nya. 

kesunyian ku mula terasa kerana semuanya sunyi dan tiada yang sudi menemani diri ku ini. tidak pula perasaan marah itu muncul kerana dek kawal oleh otak yang sentiasa mengingatkan agar terus berfikir ke arah yang baik terhadap sesuatu. 

diam. sunyi. sepi. pilu. itu hati dan perasaan merasakan namun cuba di atasi dengan terus mendoakan kesejahteraan mereka yang ada dalam setiap episod kehidupan ku. 

0 KoMentoR: