Saturday, May 4, 2013

Connecting with people.

1 comment:

• happy anniversary to my two beloved gadgets.

• 2 years of using DSLR. Been travel the world and try to create great memories just to share with everyone and make a smile on people face. My DSLR might not be like other professional photographers but it make my life full with great memories with people that i love. I bought my DSLR using my childhood money collection which give more specialities in me. I'm one happy kid to have to for always company me when i'm walking alone and all those great moment was capture and been shared to world wide. Thank you DSLR for always company me and capture all great memories of my loves.

• its has been 1 year spending with my Blackberry 9900 bold. I've been using Blackberry phone for 5 years actually. My first Blackberry was Javelin 8900 and i still in love with it in great memories. Blackberry 9900 bold was my second phone yet didn't have any problem with me and always company me 24/7. I have tons of experiences with my first Blackberry where it falls endless count and it been fall in water for about 3 times, yet it work perfectly. My second Blackberry, never been 'swimming' in water yet but it does falls like countless times but it still great to me. I bought my Blackberry 9900 bold using my coins that i've been saving daily back in childhood and campus life. Great product of Blackberry that suit me. Thank you Blackberry 8900 Javelin & 9900 Bold for always keep me connecting with people around the world.

Sent from my iPod

ketara.

No comments:
semakin ketara kelihatan di mata ini, manusia dari masa ke semasa berpuak-puak. pelbagai ragam manusia, tidak kira tua mahupun muda. yang tua mungkin banyak pengalaman di dunia tapi mungkin masih banyak perlu dipelajari kerna dunia sudah berubah mengikut teknologi yang giat membangun. 

anak-anak muda yang masih mentah tidak mempunyai banyak pengalaman, namun tidak banyak perlu dipelajari kerana dunia sekarang milik mereka yang mengikut kehendak mereka. tapi bahaya di mana-mana jika tiada kesedaran dan jika tiada strategi untuk masa hadapan. 

semakin ketara kelihatannya dunia semakin meragam mengikut penghuninya. tapi ini yang perlu diperhatikan dan di ambil berat, jika tidak, hancur dek dunia di persiakan oleh mereka yang kurang pengalaman tapi hanya ingin mengikut perasaan hati yang masih mentah.

bila berjalan jauh dan melalui semua persimpangan dalaman, semakin khuatir hati ini jika mereka yang layak tersilap langkah dalam membimbing semua yang di bawahnya. mungkin ini semua suara dari semua pihak tapi adakah ini pilihan yang sebenar dan pasti. 

maju hanya di kota raya, tapi di dalaman dan halaman kampung adakah maju seperti di kota raya? adakah mata-mata yang melihat penderitaan dan menunaikan kehendak mereka yang tersisir? memang anak muda adalah masa depan untuk hari yang kelak, namun adakah anak muda ketika ini memiliki sebuah pendidikan di dalam hati mereka seperti orang dahulu yang sudah ada strategi untuk masa akan datang?

makin ketara yang menunjuk perasaan sehingga banyak yang membutakan mata untuk memastikan siapa yang benar dan siapa yang salah. anak muda yang hanya mendengar di sebelah pihak, namun orang tua yang tahu apa agenda sebenar hanya mampu berdoa untuk masa depan anak muda mereka. orang tua yang risau jika tersilap ikutan anak muda, masa depan mereka akan hancur berderai dan mungkin akan mencetuskan sesuatu yang tidak baik.

mata ku ini melihat, hati ku ini pilu, otak ku berfikir, kaki ini melangkah, namun mulut ini hanya sepi sahaja kerana melihat semua tidak bersatu. ketidak-satuan berlaku ketika ini amatlah ketara. pilihlah dengan baik menggunakan mata, hati dan akal. semoga pilih tidak memusnahkan masa hadapan generasi yang akan melangkah ke alam dunia sementara ini. 


Tuesday, April 30, 2013

Bukan mudah....

No comments:
Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang di dunia ini. Adakala kita terpaksa melakukan demi kebaikan tapi mereka melihat pada perspektif yang berlainan. Sukar untuk menjelaskan kerana setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Ada yang lebih matang dari umur, namun ada juga yang hanya kurang matang. Kurang matang, bukan satu punca dan sebab untuk di marahi, tapi kurang matang terjadi kerana perkara itu tidak berlaku pada dia. 

Hati ini terlalu baik adakalanya sehingga diri sendiri tidak dapat mengawalnya, namun masih bersyukur kepada-Nya kerana sifat yang begitu mulia dikurniakan. Di dunia ini, pelbagai manusia dengan pelbagai ragam masing-masing. 

Setiap hari bila mata terbuka, setiap kali itulah di fikiran ini memikirkan bagaimana caranya untuk memuaskan hati semua yang ku kenali. Sukarnya cabaran di dunia ini, namun itu semua ujian dan cabaran memang sudah tertulis untuk diri ini. Tapi masih merasakan ketidakmampuan diri untuk menanggung semuanya. Kenapa begitu sukar dan kenapa ia tidak semudah seperti mereka katanya pada hawa telinga ini.

Setiap kali memejam mata, hati ini sayu dan terus memikir, hati siapa yang ku sudah guriskan dan lukakan. Namun, setiap kali ku merasa perasaan ini, hati ini sendiri yang terguris dan terluka kerana tidak pandai menjaga hati mereka walaupun sudah bertahun hidup di dunia ini. Kenapa masih tidak mampu menyelesaikan masalah ini dan kenapa perkara yang sama masih berulang lagi. Di mana silap diri ini sehingga tidak mampu tangani ini setelah berjuta kali laluinya. 

Kenapa semuanya bukan mudah seperti kata-kata. Hidup BUKAN MUDAH....namun ku masih bersyukur pada-Nya.


Monday, April 22, 2013

Asyik tidur...

No comments:

Lokasi: bilik ku.

Esok 1st final exam for my senior year. Tapi malangnya kemalasan diri ini makin menjadi-jadi. Esok nak exam, tapi saya asyik tidur je dari pagi sampailah ke petang. Entah tak tau kenapa sejak-sejak ini asyik banyakkan habis dengan tidur je.

Kalau waktu malam susah nak tidur, tapi bila siang, baring je mesti terlelap. Apa nak jadi dengan sistem badan saya ni? Risau juga sebab dulu tak macam ni. Ni nak exam, makin teruk badan ni mogok nak tidur.

Dah pukul 6pm barulah segar nak study, pastu terkapai-kapai nak habiskan semuanya malam ni. Rasanya ini semua sebab presentation interim utk fyp yg asyik delay je. Memang satu class bising sebab asyik delay ikut suka hati je. Semua orang dah plan baik punya sebab nak cuti after paper esok.

Tapi malangnya semua terpaksa tunggu hari presentation. Isk, sakit pulak hati dengan dean kami ni. Dia fikir dia je yang sibuk, kita orang pun sibuk. Haiiisshhh... Bila nak present ni? Dari ready terus tak ready & semuanya serba tak kena. Pasrah je la cuti sem kena delay. Cuti sem kali ni dah la sibuk habis sebab nak buat preparation semua. Aiiyyyoo lah hai... ☹

Pray for my final exam for my senior year. Even this is just my 1st sem final exam, still have to make something real. Two more sem to go. Two more sem full with stress & challenges. (˘_˘")


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.